Informasi Permainan Video Terkini
Sega Bekerjasama Dengan Ketua Pereka Heavy Rain Untuk Menghasilkan Permainan Baru

Sega Bekerjasama Dengan Ketua Pereka Heavy Rain Untuk Menghasilkan Permainan Baru

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Sega hari ini mengumumkan mereka akan menjadi pengeluar untuk permainan baru yang akan dikeluarkan oleh Interior Night yang merupakan studio baru ditubuhkan oleh bekas ketua pereka Quantic Dream Caroline Marchal.

Walaupun buat masa ini Sega ataupun Interior Night tidak memberi maklumat terperinci mengenai permainan baru ini tetapi mengikut misi Interior Night mereka ingin menghasilkan permainan yang memfokuskan penceritaan untuk golongan dewasa
ditambahlagi dengan pengalaman Caroline Marchal mengeluarkan permaianan seperti Heavy Rain dan Beyond: Two Souls tidak mustahil untuk mengatakan yang mereka akan menghasilkan permainan yang berkonsep sama.

Heavy Rain, Beyond: Two Souls dan yang akan dikeluarkan nanti Detroit: Become Human merupakan permainan yang memfokuskan kepada penceritaan tetapi permainan seperti ini hanya dikeluarkan oleh Quantic Dream, jika Interior Night ingin menghasilkan permainan yang berkonsep sama, sudah semestisnya akan meningkatkan variasi di dalam pasaran. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini dan akan berkongsi dengan anda apabila diberitahu nanti.


TIPS & ULASAN