Informasi Permainan Video Terkini
Monster Hunter World Terjual 5 Juta Salinan Dalam Tempoh Masa 3 Hari

Monster Hunter World Terjual 5 Juta Salinan Dalam Tempoh Masa 3 Hari

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan bahawa permainan Monster Hunter World yang baru sahaja dilancarkan 26 Januari lepas telah terjual sebanyak 5 juta salinan. Menurut Capcom, hasil jualan tersebut termasuklah jualan secara digital buat kedua-dua konsol Playstation 4 dan Xbox One sepanjang 3 hari pelancarannya sejak Jumaat lepas.

Namun, ini bukanlah satu berita yang sangat mengejutkan dimana permainan tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat terutamanya buat pemain-pemain di Jepun. Tambahan juga dengan komuniti permainan Monster Hunter yang sangat besar dimana baru-baru ini juga mereka mengumumkan program “Adopt-A-Hunter”, sekaligus memudahkan lagi permainan ini untuk diterima oleh pemain yang baru dan bukan sahaja pemain veteran siri Monster Hunter.

Tambahan juga, Capcom juga tidak berhenti setakat itu sahaja. Dimana hari ini Capcom juga mengumumkan kostum khas Ryu dan Sakura bakal tiba di permainan tersebut malah pada awal Januari lepas, Hirokazu Hamamura presiden Enterbrain juga menjangkakan bahawa permainan Monster Hunter World akan mencapai hasil jualan melebihi 10 juta.

Kami di Aksiz juga percaya bahawa permainan ini akan terjual dengan lebih baik pada masa akan datang dimana Capcom juga menjanjikan kandungan tambahan permainan tersebut juga akan tiba secara percuma pada masa akan datang.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia kini kembali ke konsol rumah dimana sebelum ini Capcom memfokuskan permainan tersebut buat konsol 3DS sahaja. Monster Hunter World telah pun dilancarkan pada 26 Januari lepas di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Bagi versi PC, ia akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini