Selepas melalui cabaran bermain permainan Dota 2 untuk beberapa hari yang lepas di Genting, hari ini juara untuk ESL One Genting 2018 telah pun ditemui akhirnya, iaitu pasukan Newbee. Perlawanan akhir untuk ESL One Genting 2018 menyaksikan pertemuan antara pasukan Newbee dan Liquid. Sebanyak 5 perlawanan dimainkan, dan skor terakhir adalah Newbee 3, dan Liquid 2.

ESL One Genting merupakan perlawanan Dota 2 Minor, yang mana menyaksikan sebanyak 16 pasukan bersaing untuk memenangi takhta juara. Newbee dan Liquid bersaing sengit pada perlawanan akhir, dimana membawa kepada perlawanan BO5, sekaligus Newbee memenangi permainan dengan skor 3 kemenangan berbanding Liquid 2 kemenangan.

ESL One Genting

Dengan kemenangan ini juga, Newbee menebus kekalahan mereka kepada Liquid sebelum ini, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah $160,000. Sementara Liquid pula di tangga kedua membawa pulang hadiah bernilai $80,000.

Menduduki tangga ketiga dan ke-4, masing-masing adalah Team Secret dan EG, yang mana masing-masing membawa pulang $40,000.

Sedang dikemaskini…

Sohor Kini