Bagi anda yang meminati permua aksi pada peranti mudah-alih, kini anda boleh dapatkan permua popular daripada Square Enix, iaitu Hitman Sniper secara percuma untuk tempoh terhad di Android.
Hitman Sniper sebelum ini membawakan tanda harga RM1.90 untuk muat-turun, tetapi sehingga 3 Februari ini, ia boleh dimuat-turun secara percuma.
Seperti pada filemnya, Hitman Sniper memerlukan anda menyelesaikan pelbagai misi dengan menembak musuh. Sekitar lebih 150 misi disediakan dalam permainan ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma hari ini.
[download]Muat-Turun Hitman Sniper untuk Android[/download]