Square Enix dan Ubisoft melalui permainan Final Fantasy XV dan Assassin’s Creed saling berkongsi kandungan permainan mereka. Assassin’s Creed Origins menerima kandungan dari Final Fantasy XV seperti Chocobo.

Kandungan terawal melalui pengkongsian ini adalah DLC Assassin’s Festival di dalam Final Fantasy XV. DLC ini menawarkan perubahan kosmetik untuk bandar Lestallum, selain menambah sejumlah kandungan seperti keupayaan untuk Noctis bergerak seumpama Assassin. Beberapa permainan berbentuk mini bertemakan Assassin turut ditawarkan.

Hari ini melalui akaun Twitter rasmi mereka, Square Enix mengumumkan yang DLC ini akan ditamatkan pada 31 Januari. Jika anda masih belum mencubanya sekarang hingga 31 Januari nanti merupakan peluang terakhir anda.

Sohor Kini