Skip to main content

Berbeza dengan permainan Fortnite yang berpotensi untuk dikeluarkan di Nintendo Switch, Epic Games melalui blog rasmi mereka hari ini mengumumkan mereka akan menutup Paragon iaitu permainan MOBA mereka pada 26 April nanti.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, baru-baru ini Epic Games juga mengatakan yang sebahagian pembangun di bawah kumpulan Paragon dipindahkan ke kumpulan Fortnite untuk membantu perkembangan Fortnite yang melangkaui jangkaan mereka.

Mereka mengatakan pembangunan Paragon akan diperlahankan akan tetapi akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menutup terus permainan ini. Perkara ini adalah sangat mengecewakan untuk pemain Paragon tetapi kerana jumlahnya adalah sedikit ini adalah keputusan yang lebih baik untuk Epic Games. Sekurangnya mereka boleh sepenuhnya memfokuskan pembangunan kepada Fortnite yang kian meningkat jumlah pemainnya.

Leave a Reply