Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Tidak Merancang Untuk Menambah Kandungan ARMS

Nintendo Tidak Merancang Untuk Menambah Kandungan ARMS

Diterbitkan pada Jan 26, 2018 oleh .

ARMS merupakan IP terbaru yang dikeluarkan oleh Nintendo untuk konsol Switch. Selepas menambah kandungan baru iaitu 5 watak, 12 ARMS, 5 tempat, dan mod seperti Party Crash semenjak dikeluarkan pada tahun lepas, Pengarah ARMS, Kosuke Yabuki mengatakan kepada Eurogamer buat masa sekarang mereka tidak merancang untuk menambah kandungan baru.

Menurut beliau lagi mereka akan terus membuat Party Crash, penambah-baikan pengalaman pemain dan juga keseimbangan watak. Walaupun tiada penambahan kandungan baru tetapi menurut beliau dengan kandungan yang ada sekarang sudah cukup untuk membuatkan pemain bermain ARMS untuk buat masa yang lama.

Kami agak kecewa dengan berita ini tetapi pada masa sama merasakan ARMS sudah mencapai satu tahap dimana tiada penambahan kandungan yang boleh dilakukan. Anda masih bermain ARMS? Bagaimana dengan kandungan yang ada sekarang sudah mencukupi?


TIPS & ULASAN