Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Gran Turismo Sport Menambah Event, Kereta dan Litar Baru

Kemaskini Terbaru Gran Turismo Sport Menambah Event, Kereta dan Litar Baru

Diterbitkan pada Jan 26, 2018 oleh .

Kemaskini Gran Turismo Sport untuk bulan Januari diumumkan akan menambah event, kereta dan juga litar baru. Video pengumuman kemaskini ini boleh ditonton dibawah.

Event baru yang ditambah adalah Raptor Survival, J-Sport Meeting, La Festa Cavallino, dan Gr.3 Endurance Series. Manakala untuk kereta baru senarai adalah seperti berikut

  • Toyota Supra RZ (N300)
  • Toyota 2000GT (N200)
  • Toyota FT-1 (N500)
  • Jaguar XJ13 (Gr.X)
  • McLaren F1 (N600)
  • Ferrari 512BB (N400)
  • Ferrari 330 P4 (Gr.X)
  • Lamborghini Diablo GT (N600)
  • Ford GT (N600)
  • Dodge Viper GTS (N500)

Litar baru

  • Monza Circuit
  • Autodrome Lago Maggiore “Centre” Layout
  • Autodrome Lago Maggiore “East” Layout
  • Autodrome Lago Maggiore “West” Layout

Antara rungutan yang diterima oleh pemain untuk permainan ini adalah kekurangan pilihan kereta, dengan penambahan ini sekurangnya lebih banyak pilihan tersedia untuk pemain terutama kemaskini bulan lepas juga menambah 12 kereta baru. Kemaskini boleh dimuat-turun sekarang.


TIPS & ULASAN