Informasi Permainan Video Terkini
Dead Cells Akan Dikeluarkan Untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch Pada Tahun Ini

Dead Cells Akan Dikeluarkan Untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 26, 2018 oleh .

Dead Cells merupakan permainan platformer-aksi yang kami sangat gemari dan hari ini Motion Twin mengumumkan Dead Cells akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch.

Walaupun tiada tarikh yang diberikan, tetapi kami boleh jangkakan tarikh permainan ini dikeluarkan adalah sama dengan tarikh permainan ini keluar dari akses awal untuk PC.

Sebelum ini kami sudah mencadangkan untuk anda membeli permainan ini kerana merupakan permainan bawah RM30 yang harus di beli walaupun promosi sudah tamat, permainan ini tetap murah iaitu berharga RM39.00 sahaja.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk bermain permainan ini konsol lain, terutama Nintendo Switch. Video pengumuman boleh ditonton dibawah.

Steam: Dead Cells


TIPS & ULASAN