Bersempena dengan pelancaran permainan Dragonball FighterZ dan Monster Hunter: World pada 26 Januari ini, Kakuchopurei.com dan The Magic Rain bekerjasama untuk mengadakan acara Double Trouble pada 27 dan 28 Januari ini di Avenue K, Kuala Lumpur.
Antara aktiviti yang tersedia adalah kejohanan Dragonball FigtherZ, kejohanan ini adalah terbuka untuk semua tetapi terhad kepada 32 pemain sahaja. Pendaftaran masih dibuka sehingga tengah malam esok.
Yuran pendaftaran adalah RM25.00 dan anda boleh mendaftar menggunakan pautan ini. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai acara Double Trouble ini anda boleh melawat pautan ini.
Ini merupakan kejohanan pertama untuk Dragonball FighterZ di Malaysia dan anda boleh menjadi pemenang pertama di Malaysia. Oleh kerana permainan ini hanya dikeluarkan pada hari esok, kebanyakan pemain mempunyai tahap permainan yang sama. Anda berani?