Kingdom Come: Deliverance merupakan permainan RPG yang berasaskan sejarah dibangunkan oleh Warhorse Studio. Hari ini mereka berkongsi video 16 minit yang menunjukkan beberapa teknik permainan. Antara yang ditunjukkan adalah sistem pentempuran, sistem dialog, menunggang kuda, mencuri dan juga elemen RPG yang ada di dalam permainan ini.

Kami dari awal lagi berminat dengan permainan ini dan antara yang sudah ‘pra-tempah’ permainan ini melalui Kickstarter. Walaupun beberapa kali ditundakan tetapi pada 13 Februari nanti permainan ini akan dikeluarkan untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.

Jika dilihat melalui trailer ini, jelas nampak permaianan ini bagaikan campuran Skyrim dan The Witcher 3 tetapi fantasi ditukarkan kepada sejarah.

Sohor Kini