Informasi Permainan Video Terkini
Panic Button Bertanggungjawab Untuk Membawa Wolfenstein II: The New Colossus Ke Nintendo Switch

Panic Button Bertanggungjawab Untuk Membawa Wolfenstein II: The New Colossus Ke Nintendo Switch

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Seperti diumumkan sebelum ini selain daripada Syrim dan Doom, Bethesda juga ingin membawa Wolfenstein II: The New Colossus iaitu permainan penembak pandang pertama.

Melalui kuciran di Twitter rasmi Bethesda mereka mengumumkan Panic Button Game akan bertanggungjawab untuk membawa permainan ini ke Nintendo Switch. Ini sudah boleh dijangkakan kerana Panic Button Game juga yang bertanggungjawab membawa Doom ke konsol ini.

Jika anda ingin membaca ulasan kami untuk permainan ini, anda boleh membacanya di pautan ini. Pastinya kami teruja untuk bermain permainan ini sekali lagi di Nintendo Switch. Buat masa ini tiada sebarang tarikh diberikan oleh Bethesda, dan kami semestinya akan berkongsi dengan anda apabila tarikh tetap diberitahu kelak.