Pada 19 hingga 22 Januari berlansung Kejohanan Hearthstone World Championship di Amsterdan. Awal pagi tadi, Tom60229 atau nama sebenarnya Chen Wei Lin iaitu pemain dari Taiwan menjadi juara apabila mengalahkan Fr0zen yang merupakan pilihan ramai untuk memenangi kejohanan ini.
Sebelum menjadi juara, Tom60229 mendapat tempat kedua di peringkat kumpulan sebelum mengalahkan SamuelTsao di suku akhir, Surrender di separuh akhir. Dengan menjuarai kejohanan ini, beliau membawa pulang hadiah wang tunai $250,000.00(RM983,000.00).
Tom60229 menjadi pemain pertama dari Asia Pasifik memenangi kejohanan ini, dan sekaligus menghalang Eropah untuk memenangi kejohanan ini buat kali ketiga berturut-turut.
Walaupun pemain pilihan kami iaitu Surrender tidak memenangi kejohanan ini tetapi bagi kami Tom60229 amat layak untuk memenangi kerana beberapa strategi yang dilakukanya adalah diluar kebiasaan tetapi akhirnya memberikan keputusan yang baik untuknya.
Tom60229 sebelum ini memenangi kejohanan seperti SEA Majors 2016 – Malaysia, ONOG Summer Circuit, ASUS ROG Summer 2015 dan IronForum Night. Ini merupakan kali kedua beliau memasuki kejohanan ini, dimana pada 2014 beliau terkeluar di peringkat kumpulan lagi.
Dengan peningkatan sokongan e-sukan di Malaysia kami mengharapkan suatu hari nanti wakil dari Malaysia dapat memasuki kejohanan ini. Apapun, tahniah untuk Tom60229.