Bagi permainan yang baru dikeluarkan mencapai 74 juta pemain aktif dalam satu bulan adalah satu percapaian yang baik, inikan lagi untuk permainan yang sudah dikeluarkan pada 9 tahun lepas seperti Minecraft.

Ketua Pembangunan Minecraft, Helen Chiang, melalui temubual bersama PopSugar, mengatakan Minecraft mencapai 74 juta pemain aktif untuk bulan Disember yang merupakan rekod baru untuk permainan ini.

Walaupun tiada pembahagian berdasarkan konsol tetapi Minecraft yang dikeluarkan hampir setiap konsol termasuk permua adalah antara yang menjadi penyebab mengapa masih ramai yang bermain permainan ini.

Setakat ini, Minecraft telah terjual lebih 144 Juta salinan untuk semua konsol. Walaupun mendapat kritikan kekurangan pengisian baru tetapi ini tidak menjadi penghalang untuk pemain terus membina dunia mereka sendiri di dalam Minecraft.

Sohor Kini