Siri utama Monster Hunter World sudah lama dikeluarkan di konsol keluaran Nintendo. Selepas Monster Hunter 2, tiga siri baru permainan ini iaitu Monster Hunter Tri, Monster Hunter 4 dan Monster Hunter Generations dikeluarkan untuk konsol Nintendo 3DS.

Sudah semestinya apabila Capcom mengumumkan Monster Hunter World ramai pemain tertanya mengapa permainan ini tidak dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Melalui temubual bersama IGN, pengarah Monster Hunter World, Kaname Fujioka mengatakan yang permainan ini sudah dibangunkan bermula 4 tahun lepas lagi dan pada masa itu Nintendo Switch tidak lagi diumumkan. Tambah beliau lagi mereka juga melihat dari segi untuk mencapai apa yang mereka inginkan dari permainan ini mereka perlu memilih konsol yang bersesuaian dan buat masa ini PlayStation 4 dan Xbox One lebih sesuai.

Mungkin ini satu perkara yang mengecewakan untuk pemilik Switch tetapi sekurangnya mereka mendapat Monster Hunter XX.

Pada 27 dan 28 Januari ini Kakuchopurei.com dan The Magic Rain akan mengadakaan acara pelancaran permainan Monster Hunter: World bersama permainan Dragonball FighterZ di Avenue K, Kuala Lumpur. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui acara tersebut, anda boleh melayari pautan ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba permainan Monster Hunter: World dan memburu raksasa-raksasa di dalam dunia permainan tersebut pada hujung minggu ini.

Sohor Kini