Game Dev Tycoon merupakan permainan simulasi yang pemain menjadi seorang pembangun permainan video. Permainan ini dikeluarkan pada tahun 2012 lagi tetapi hanya untuk PC.
Permua permainan ini dikeluarkan buat pertama kali untuk iOS pada 28 November 2017 dan hari ini Greenheart Games mengumumkan yang permua ini untuk Android akan dikeluarkan pada 31 Januari.
Game Dev Tycoon adalah permainan simulasi dimana anda adalah seorang pembangun permainan. Bermula dari tahun 80-an, anda bakal membawa watak anda dan mengawal segala pengeluaran dan juga pembangunan permainan termasuklah menetap segala tajuk permainan, asset permainan dan sebagainya di pelbagai konsol keluaran syarikat lain.
Kami sudah bermain permainan ini semasa dikeluarkan untuk PC lagi, dan kami pasti anda akan bermainnya untuk masa yang lama, lebih-lebih lagi dalam bentuk permua.
[download] Steam: Game Dev Tycoon [/download] [download] App Store: Game Dev Tycoon [/download]