Informasi Permainan Video Terkini
Acara Akhir Asia Pacific Predator League 2018 Akhirnya Bermula – Pusingan Pertama Antara Geek Fam Dan Quid Pro Quo

Acara Akhir Asia Pacific Predator League 2018 Akhirnya Bermula – Pusingan Pertama Antara Geek Fam Dan Quid Pro Quo

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami pada beberapa hari lepas, kejohanan Dota 2 terbesar di Asia Tenggara oleh Acer, Asia Pacific Predator League 2018 akhirnya berlangsung dengan jayanya pada hari ini yang merangkumi 8 pasukan daripada Asia Tenggara bertempur untuk menjuarai jumlah hadiah wang tunai sebanyak $150,000.

Sepanjang tiga bulan pertandingan di seluruh negara Asia Tenggara dengan melebihi 1000 pasukan e-sukan bertanding, 8 pasukan akhirnya akan bertempur di acara terakhir Asia Pacific Predator League 2018 di Jakarta, Indonesia.

Berikut adalah kurungan pertandingan yang bakal berlangsung minggu ini dengan bermula pasukan Malaysia, iaitu Geek Fam akan bertempur dengan pasukan Filipina, Quid Pro Quo. Diikuti dengan pertempuran antara pasukan-pasukan lain sehinggalah ke pusingan akhir sepanjang minggu ini.

Menurut Herbet Ang, presiden pengarah Acer Indonesia menyatakan bahawa mereka sangat berbangga untuk menganjur acara APAC Predator League 2018 tahun ini dimana sepanjang acara tersebut berlangsung, seluruh pasukan akan bertanding dengan jayanya. Menariknya juga, beliau juga menyatakan bagi tahun 2019, Asia Pacific Predator League akan berlangsung di Thailand yang mana mereka akan memastikan kejayaan acara ini akan berterusan pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan kejohanan tersebut dan memberi sokongan buat pasukan Geek Fam yang akan mewakili Malaysia, anda boleh melayari laman rasmi Asia Pacific Predator League 2018. Tambahan juga, kami di Aksiz juga akan mengemaskini acara tersebut secara langsung melalui Twitter rasmi Aksiz.

Bagi anda yang berpeluang untuk hadirkan diri anda di Anggrek Mall, Jakarta Indonesia minggu ini, anda boleh menonton acara tersebut secara langsung dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Acer seperti sesi Cosplay, sesi temu ramah bersama pasukan pemain, dan berpeluang untuk mencuba set kepala realiti-gabungan Acer, iaitu salah satu produk terbaru di dalam siri produk Predator.


TIPS & ULASAN