Video Acah Untuk Permua Harry Potter Hogwarts Mystery Dikeluarkan

Seperti kami laporkan pada Disember lepas, permua terbaru untuk siri Harry Potter iaitu Harry Potter Hogwarts Mystery bakal tiba musim bunga tahun ini.

Hari ini, Jam City Studio bersama dengan Portkey Games mengeluarkan video acah untuk permua ini. Video tersebut boleh ditonton di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0HyLd-gj2VQ?rel=0&showinfo=0]

Video ini menunjukkan beberapa watak utama dalam siri Harry Potter seperti Hagrid, Profesor Snape and Profesor McGonagall. Disebabkan penceritaan permua ini adalah sebelum Harry Potter memasuki Hogward jadi pemain tidak akan berjumpa samada Harry Potter, Ron Weasley mahupun Hermione Granger.

Walaupun masih tiada tarikh tetap kami tidak sabar untuk mecubanya. Permua ini boleh dimuat-turun secara percuma apabila dikeluarkan nanti dan sudah semestinya akan mempunyai mikro-transaksi.

Sohor Kini