Skip to main content

Seperti anda sedia maklum, beta terbuka Dissidai: Final Fantasy NT akan berakhir 22 Januari nanti. Walaupun sesi beta bermula dari 12 Januari lagi tetapi untuk kali pertama pemain boleh mengunakan watak Noctis dari Final Fantasy XV.

Noctis akan mempunyai abiliti warp memudahkan untuknya bergerak dengan pantas. Noctis juga akan mengaktifkan Armiger apabila nyawanya rendah yang akan mengeluarkan Royal Arms untuk melakukan serangan.

Square Enix sebelum ini berkongsi trailer untuk Noctis iaitu trailer watak dan juga trailer ‘A Princely Welcome‘.

Dissidia: Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4.

Leave a Reply