Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan GWENT Master Bermula Hujung Minggu Ini

Kejohanan GWENT Master Bermula Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

GWENT merupakan permainan berasaskan kad yang dikeluarkan oleh CD Projekt Red (CDPR) iaitu pengeluar siri permainan The Witcher. Hujung minggu ini kejohanan Gwent Master akan bermula.

Kejohanan ini akan melibatkan 8 pemain yang mendapat kedudukan tertinggi di Pro Ladder musim lepas. Suku akhir akan bermula pada 20 Januari, separuh akhir dan akhir akan bermula pada 21 Januari.

Kejohanan ini akan distrim secara lansung di saluran rasmi Twitch CDPR pada pukul 11 malam. Perkembangan terbaru kejohanan ini juga boleh dibaca di akaun Twitter rasmi GWENT Master.

GWENT adalah permainan percuma yang boleh dimainkan untuk konsol PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One. Semasa penulisan ini, permainan ini masih di peringkat beta terbuka.