Skip to main content

Square Enix hari ini mengumumkan Edisi Terhad dan Edisi Vinil untuk permainan Life is Strange: Before The Storm akan dikeluarkan pada 9 Mac ini.

Edisi Terhad selain kesemua episod untuk permainan ini juga akan mengandungi artbook fizikal, CD soundtrack, dan juga kandungan digital iaitu mod mixtape, pek pakaian dan juga episod pertama untuk Life is Strange. Manakala Edisi Vinil mengandungi kesemua kandungan Edisi Terhad dengan penambahan set vinil soundtrack.

Harga untuk Edisi Terhad adalah $39.99 (RM157.00) dan untuk Edisi Vinil $69.00 (RM271.00).

Life is Strange: Before The Storm adalah permainan pengembaraan yang mementingkan pilihan pemain di dalam penceritaan merupakan prekuel kepada Life is Strange. Dikeluarkan pada bulan Ogos tahun lepas, anda boleh mendapat permainan ini secara digital dengan harga RM54.00 di Steam dan juga PlayStation Store.

Leave a Reply