Selepas PUBG memperkenalkan kemaskini dan peta baru tempoh hari, kini satu lagi permainan berbentuk Battle Royale, iaitu Fortnite Battle Royale turut melakukan perkara sama. Melalui versi 2.2.0, pembangun Fortnite kini menawarkan sedikit kemaskini dan penambahan pada peta permainan berkenaan dalam usaha menjadikannya lebih menarik.

Kini, pada bahagian barat peta, beberapa kawasan baru ditambah, selain sejumlah perubahan baru pada permainan berkenaan.

Disamping perubahan pada peta, Fortnite 2.2.0 ini juga kini menyertakan sokongan berkomunikasi melalui audio pada bahagian lobi, dan bukan hanya dalam permainan sahaja.

Bagi anda yang memainkan Fortnite Battle Royale, bersama jutaan pemain lain, anda boleh mengemaskini permainan anda dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.

Sohor Kini