Informasi Permainan Video Terkini
Age Of Empires : Definitive Edition Akan Dilancarkan Pada 20 Februari
PC

Age Of Empires : Definitive Edition Akan Dilancarkan Pada 20 Februari

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarakn permainan penambah-baikkan untuk Age of Empires, dinamakan Age of Empires : Definitive Edition. Ia sebelum ini dirancang untuk pelancaran pada bulan Oktober lepas, tetapi telah ditangguhkan.

Kini, hari ini Microsoft secara rasminya berkongsi tarikh pelancaran baru, mengatakan ia akan ditawarkan pada 20 Februari 2018 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, ia akan ditawarkan dengan rekaan yang dioptimasikan untuk paparan 4K, sokongan bermain atas-talian melalui Xbox Live, audio yang dirakamkan semula, dan beberapa penambahan baru lain.

Permainan ini akan ditawarkan untuk pengguna PC pada harga $19.99 melalui Windows Store pada 20 Februari kelak.