Selain daripada Humble Bundle yang sering menawarkan beberapa permainan secara percuma, satu lagi platform yang turut melakukan perkara sama adalah GOG. Hari ini, mereka telah mula menawarkan permainan Carmageddon TDR 2000 secara percuma untuk tempoh terhad, sekaligus membolehkan anda menebusnya dan menambah permainan berkenaan pada koleksi anda.

Carmageddon

Carmageddon TDR 2000 merupakan salah satu permainan aksi yang memfokuskan kepada pertempuran menggunakan kenderaan. Ia sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2000 yang lepas, dan ditawarkan untuk platform PC.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan ini pada laman GOG hari ini, dan memainkannya pada komputer anda. Penawaran oleh pihak GOG ini adalah terhad untuk dua hari ini sahaja.

Muat-Turun Carmageddon TDR 2000 di GOG

Sohor Kini