Skip to main content

Baru-baru ini Square Enix mengumumkan Final Fantasy Royal Edition yang akan tiba pada 6 Mac ini. Bagi yang sudah memiliki Final Fantasy XV, kemaskini Royal Edition boleh dibeli secara berasingan iaitu melalui DLC penambahan Royal Pack.

Sebelum ini Square Enix mengatakan Royal Pack akan berharga $19.99 (RM80), tetapi Square Enix menjelaskan kepada beberapa media yang harga yang diumumkan adalah ralat sebaliknya harga sebenar masih belum ditetapkan.

Untuk kami yang sudah membeli permainan asal, dan juga pass semusim kami mengharapkan pack ini dijual dengan harga lebih murah. Adakaha anda berniat untuk membeli Final Fantasy XV Royal Edition atau membeli Royal Pack sahaja?

Leave a Reply