Menurut Konami, Metal Gear Survive akan sentiasa memerlukan sambungan internet untuk memastikan pertukaran antara permainan secara solo dan co-op berlaku dengan lancar. Ini juga untuk memudahkan mereka mengeluarkan kandungan tambahan selepas permainan ini dikeluarkan.
Metal Gear Survive juga akan mengandungi mikro-transaksi dimana pemain boleh membeli ‘SV coins’ menggunakan wang sebenar ataupun mendapatnya di dalam permainan yang boleh digunakan untuk membeli barangan seperti gambar di bawah.
Perkara lain yang dikongsi adalah dari segi durasi untuk kempen ianya adalah diantara 15 hingga 20 jam bergantung kepada cara permainan setiap pemain.
Versi beta untuk permainan ini boleh dimainkan secara percuma di PlayStation 4 dan Xbox One bermula hari ini hingga 21 Januari.