Informasi Permainan Video Terkini
Pembangunan Paragon Diperlahankan Untuk Memfokuskan Pembangunan Fortnite
PC

Pembangunan Paragon Diperlahankan Untuk Memfokuskan Pembangunan Fortnite

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Epic melalui Reddit berkongsi perkembangan terkini mengenai Paragon iaitu permaianan percuma MOBA yang dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan juga PC. Menurut mereka pembangunan Paragon agak perlahan kerana pembangunan dibahagi kepada dua iaitu untuk pernambah-baikkan segera dan juga untuk jangka masa panjang.

Tambah mereka, sebahagian dari ahli pembangunan Paragon juga dipindahkan ke Fortnite untuk menyokong permainan itu yang menerima jumlah pemain melangkaui jangkaan mereka sendiri.

Mereka juga mengakui yang jumlah pemain yang terus bermain Paragon adalah sedikit dan jumlah pemain baru juga tidak menggalakkan.  Kami berpendapat Fortnite yang akan terus berkembang akan menjadi pengakhiran untuk Paragon.

Dengan persaingan permainan MOBA semakin sengit, kami tidak nampak bagaimana Paragon boleh menjadi lebih baik dari sekarang. Anda pernah mencuba Paragon?