Menurut Activision-Blizzard untuk minggu pertama kejohanan Overwatch League berjaya mendapat 10 juta tontonan. Jumlah ini adalah dari tontonan di Twitch yang mendapat hak rasmi untuk menstrimkan kejohanan ini dan juga Major League Gaming syarikat penganjuran yang dimiliki oleh Activision-Blizzard.
Secara purata kejohanan ini mendapat 408,000 tontonan seminit untuk hari pertama dan 280,000 seminit untuk minggu pertama. Menurut mereka lagi nombor ini tidak mengira jumlah sebenar yang menonton secara berkumpulan.
Ini merupakan satu perkembangan yang baik terutama untuk industri e-sukan. Kami sentiasa mengikut kejohanan ini secara lansung, bagaimana dengan anda?