Melalui isu terbaru majalah V-Jump Android 21 dikatakan akan menjadi watak yang boleh digunakan untuk Dragon Ball FighterZ. Android 21 sudah diumumkan di Tokyo Game Show 2017 tetapi ramai pemain yang tidak pasti samada watak Android 21 hanya direka khas untuk penceritaan sahaja atau boleh digunakan.

Mengikut V-Jump bukan sahaja Android 21 boleh digunakan, penampilan dia juga sepenuhnya di dalam Majin form. Jika anda tidak berkesempatan untuk mencuba permainan ini, beta terbuka akan dibuka bermula 1 petang ini sehingga waktu sama esok. Dragon Ball FighterZ akan dikeluarkan pada 26 Januari ini.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai permainan ini pastikan anda tidak terlepas menghadiri Acara Double Trouble bersempena pelancaran Dragon Ball FighterZ dan Monster Hunter: World.

Sohor Kini