Informasi Permainan Video Terkini
Shadow of The Colossus Remake Akan Disertakan Mod Foto

Shadow of The Colossus Remake Akan Disertakan Mod Foto

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Mengikut trend terkini, Shadow of The Colossus Remake juga akan disertakan mod foto seperti permainan Horizon: Zero Dawn, Assassin’s Creed Origin dan juga Super Mario Odyssey.

Perkara ini dikongsikan oleh Bluepoint Games yang bertangungjawab untuk menambah-baikkan permainan Shadow of The Colossus di blog rasmi PlayStation.

Mengikut pengarah seni Bluepoint Games, Mark Skelton, mod ini akan mempunyai penuras dan keupayaan untuk mengubah foto yang diambil. Pemain juga boleh mengubah kedudukan kamera dari pemain ke kuda.

Mod foto merupakan trend yang kami sangat kami gemari dan mengharapkan mod ini disertakan di dalam kesemua permainan yang bergenrekan pengembaraan.

Shadow of The Colossus Remake akan dikeluarkan pada 6 Februari untuk konsol PlayStation 4.