Skip to main content

Ketua Pegawai Eksekutif inXile Entertainment mengumumkan kedai di atas talian baharu untuk PC dipanggil Robot Cache. Dikatakan Robot Cache akan dikeluarkan pada suku kedua tahun ini. inXile Entertainment merupakan syarikat pembangun permainan video, mereka menghasilkan permainan seperti The Bard’s Tale, Torment dan juga Wasteland.

Dengan pengumuman ini, inXile mengikut jejak langkah syarikat pembangun permainan video lain dengan mempunyai kedai di atas talian  sendiri seperti Valve untuk Steam, CD Projekt Red untuk GOG dan EA untuk Origin.

Berbanding kedai-kedai lain, Robot Cache dikatakan akan mempunyai kelainan yang bakal “mengubah pasaran permainan video”. Antara kelainan yang dinyatakan adalah

  1. Pengeluar permainan akan menerima 95% hasil jualan berbanding 70% di kedai-kedai lain.
  2. Pemain boleh menjual balik permainan yang sudah habis dimainkan dan pengeluar permainan akan mendapat 70% dari hasi jualan.
  3. Pengguna boleh mengunakan PC mereka untuk melombong kriptowang dan akan diberi token kedai ini sendiri iaitu IRON.
  4. Token IRON boleh digunakan untuk membeli permainan di Robot Cache.

Kami tidak tahu samada Robot Cache berjaya untuk mengubah pasaran permainan video seperti yang dikatakan tetapi sangat bergantung kepada pengeluar permainan video untuk menyenaraikan permainan mereka.

Penjualan balik permainan sudah habis dimainkan agak menarik terutama melibatkan permainan yang digital tetapi kami agak kuatir mengenai token IRON yang digunakan. Buat masa ini kita boleh tunggu dan lihat sahaja samada Robot Cache diterima ramai atau tidak.

Leave a Reply