Informasi Permainan Video Terkini
Peta Terbaru Overwatch “Blizzard World” Akan Dikeluarkan Pada 23 Januari
PC

Peta Terbaru Overwatch “Blizzard World” Akan Dikeluarkan Pada 23 Januari

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Seperti yang dikatakan oleh Jeff Kaplan melalui developer update pada awal tahun ini, akhirnya Blizzard World iaitu peta terbaru untuk Overwatch menerima tarikh ianya akan dikeluarkan. Melalui kuciran Twitter akaun rasmi Overwatch, peta ini boleh dimainkan bermula 23 Januari ini.

Selain daripada watak baru, peta baru merupakan perkara yang menjadikan Overwatch antara permainan di atas talian terbaik semenjak dilancarkan hampir 2 tahun dahulu.

Blizzard World pertama kali diumumkan semasa Blizzcon pada november tahun lepas dan Overwatch ada berkongsi video menunjukkan persekitaran peta baru ini.

Kami semestinya tidak sabar untuk mencuba peta baru ini.  Bagamina dengan anda? Peta mana yang menjadi kegemaran anda?


TIPS & ULASAN