Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Mempunyai 40 Juta pemain dan Mencapai 2 Juta Pemain Serentak
PC

Fortnite Mempunyai 40 Juta pemain dan Mencapai 2 Juta Pemain Serentak

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Menurut Epic Games, Fornite mempunyai 40 juta pemain dan baru-baru ini mencapai 2 juta pemain serentak. Sebagai perbandingan, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) pada Disember lepas mempunyai 30 juta pemain dan mencapai 3 juta pemain serentak.

Fortnite yang baru dikeluarkan pada 25 Julai tahun lepas menunjukkan perkembangan positif setelah pelancaran versi Battle Royale secara percuma oleh mereka September lepas. Walaupun permainan PUBG masih mengekalkan dominasi dalam permainan bentuk battle royale ini, jumlah yang besar ini adalah disebabkan Fortnite Battle Royale merupakan pemainan percuma dan dikeluarkan di lebih banyak konsol berbanding PUBG.

Seperti permainan PUBG, Fortnite Battle Royale meletakkan 100 pemain di dalam sebuah pulau dimana pemain perlu pertempur sesama pemain lain untuk menjadi pemain terakhir yang terus hidup. Ia boleh dimainkan di PC, Playstation 4 dan Xbox One secara percuma.

Buat masa ini kami masih setia dengan PUBG, bagaimana dengan anda antara PUBG dan Fortnite permainan mana yang menjadi pilihan?