Melalui penstriman secara langsung, Square-Enix akan berkongsi trailer dan informasi terbaru untuk permainan Secret of Mana iaitu versi penghasilan semula untuk permainan Secret of Mana yang dikeluarkan pada tahun 1993.

Jika anda ingin mengikuti pengumuman ini, anda boleh melayari pautan youtube ini yang akan bermula pada 7 malam, 17 Januari waktu tempatan.

Pada Tokyo Game Show 2017 yang lepas, penerbit permainan tersebut, Masaru Oyamada juga sempat berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan tersebut bersama edisi-edisi terhad permainan tersebut.

Secret of Mana versi baru ini akan dikeluarkan pada 15 Februari ini untuk konsol PC, PlayStation 4 dan PlayStation Vita.

Sohor Kini