Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Cyberpunk 2077 Akan Mempunyai Demo Yang Boleh Dimainkan Di E3?
PC

(Ura-Ura) Cyberpunk 2077 Akan Mempunyai Demo Yang Boleh Dimainkan Di E3?

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Pada penulisan yang lepas kami ada membuat jangkaan yang Cyberpunk 2077 akan ditunjukkan di E3 dan akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.  Hari ini melalui laman sesawang dari Poland, mengatakan yang mereka mendapat informasi dari dua sumber berbeza yang Cyberpunk 2077 akan mempunyai demo yang boleh dimainkan di E3 tetapi untuk pihak media sahaja.

Dengan kuciran Twitter pada akaun rasmi permainan ini, dan ura-ura mengatakan yang demo awal permainan ini sudah dihantar kepada Sony, semakin jelas yang sesuatu akan ditampilkan pada tahun ini oleh CD Projekt Red berkenaan Cyberpunk 2077.

Kami masih mengekalkan jangkaan kami yang permainan ini akan dikeluarkan pada tahun ini, dan masih berharap Cyberpunk 2077 akan mempunyai sekurangnya trailer bentuk permainan di E3 nanti.