Informasi Permainan Video Terkini
Yuzu – Pelagak Permainan Switch Diumumkan Oleh Kumpulan Yang Mengeluarkan Pelagak Permainan 3DS

Yuzu – Pelagak Permainan Switch Diumumkan Oleh Kumpulan Yang Mengeluarkan Pelagak Permainan 3DS

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Kumpulan yang bertanggunjawab mengeluarkan Citra iaitu pelagak untuk 3DS kali ini mengumumkan pelagak untuk Switch yang dinamakan Yuzu.  Pengumuman ini dibuat menggunakan akaun Twitter rasmi untuk Yuzu.

Buat masa ini tiada informasi lain yang dikonsikan termasuk spesifikasi untuk PC yang dapat menggunakan pelagak ini. Jika pelagak ini sebaik Citra anda boleh memainkan permainan Switch anda di PC.

Sebelum ini juga, permainan Legend Of Zelda: Breath of the Wild boleh dimainkan di PC melalui pelagak permainan Wii u, kini tampaknya kita mungkin berpeluang untuk memainkan sebilangan permainan di konsol hibrid Switch melalui PC pada masa akan datang.