Nampaknya arah aliran kemasukan permainan JRPG ke PC terus berkembang buat tahun ini yang mana kali ini Final Fantasy XII: The Zodiac Age iaitu versi penambah-baikkan untuk permainan Final Fantasy XII International Zodiac Job System yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2006 lepas akan dikeluarkan untuk PC pada Februari ini selepas dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada Julai tahun lepas.

Buat masa ini tiada harga dikeluarkan termasuk di Steam tetapi jika anda membeli bermula 2 Februari hingga 8 Februari anda akan mendapat potongan harga sebanyak 20%. Versi PC juga akan boleh dimainkan pada 60FPS dan akan menyokong monitor ultra-lebar 21:9.

Final Fantasy XII merupakan antara permainan Final Fantasy yang menjadi kegemaran semasa permainan ini dikeluarkan dahulu. Versi penambah-baikkan ini akan menjadikan permainan ini lebih baik. Adakah anda akan membeli permainan ini? Apa pendapat anda mengenai arah aliran permainan JRPG dikeluarkan untuk PC?

Sohor Kini