Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Bersempena Musim Sejuk Di Humble Store Bermula Hari Ini Sehingga 25 Januari
PC

Jualan Promosi Bersempena Musim Sejuk Di Humble Store Bermula Hari Ini Sehingga 25 Januari

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Dengan jualan Promosi di GOG yang masih lagi berjalan pada minggu ini, hari ini pemain PC tampaknya menerima satu lagi jualan promosi oleh Humble Store. Jualan promosi bersempena musim sejuk ini bermula hari ini sehingga 25 Januari nanti.

Berikut adalah antara permainan yang mendapat potongan harga;

  1. They Are Billions – $24.99 $22.49
  2. The Witcher 3 – $49.99 $19.99
  3. Tom Clancy’s The Division Gold Edition – $89.99 $35.99
  4. Grand Theft Auto V – $59.99 $29.99
  5. Assassin’s Creed Origins – $59.99 $41.99
  6. Prey – $39.99 $19.99
  7. Destiny 2 – $59.99 $38.99
  8. Wolfenstein II: The New Collosus – $59.99 $29.99
  9. Watch Dog 2 – $59.99 $20.39
  10. Dishonored  2 – $39.99 $19.99

Humble Store menggunakan US Dollar sebagai matawang, pastikan anda membuat perbandingan harga selepas menukar matawang dengan kedai yang mengunakan ringgit seperti Steam dan Gamersgate.

Antara kelainan Humble Store adalah setiap pembelian anda, sedikit pecahan akan didermakan kepada pusat amal pilihan anda. Namun, sesetengah dari promosi ini mempunyai masa yang terhad, jadi anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak laman kedai Humble Store tersebut untuk tidak terlepas membeli permainan yang anda inginkan dengan harga yang lebih murah.

Promosi Musim Sejuk : Humble Store


TIPS & ULASAN