Informasi Permainan Video Terkini
Komuniti Pemain Monster Hunter Memperkenalkan Program “Adopt-A-Hunter” Untuk Membantu Pemain Baru
PC

Komuniti Pemain Monster Hunter Memperkenalkan Program “Adopt-A-Hunter” Untuk Membantu Pemain Baru

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Bagi pemain baru, Monster Hunter mungkin akan mengambil masa yang lama untuk difahami kerana permainan ini mempunyai teknik permainan yang agak rumit.

Dengan Monster Hunter: World yang bakal dikeluarkan pada 26 Januari ini, komuniti Monster Hunter menjangkakan akan ada ramai pemain baru.  Untuk membantu mereka, komuniti Monster Hunter memperkenalkan program “Adopt-A-Hunter”.  Program ini akan menjadi sebuah sistem dimana pemain veteran akan menjadi orang tengah untuk menghubungkan dengan pemain baru.

Mengikut pengenalan program ini, mereka merasakan pemain baru kebiasannya memilih untuk tidak bermain Monster Hunter apabila mereka merasakan permainan ini terlalu sukar untuk mereka berbanding cuba untuk memahami dengan bertanya kepada komuniti Monster Hunter.

Program ini diharapkan akan mengubah perkara itu dan menjadikan komuniti Monster Hunter lebih meluas.  Mereka juga menyenaraikan apa yang diharapkan dari pemain baru dan juga pemain lama.

Pemain Baru

Perlu bersedia untuk menerima informasi baru dan juga untuk sentiasa bertanya jika ada perkara yang tidak difahami.  Pemain baru juga harus bersedia untuk menerima cadangan dan tidak keras kepala.

Pemain Lama

Pemain lama harus bersabar kerana pemain baru akan mempunyai banyak soalan dan kebanyakan dari mereka akan tidak memahami banyak perkara.

Program ini adalah percuma, untuk menyertainya anda harus melawati Discord untuk program ini melalui pautan ini.  Bagi kami program seperti ini sangat baik dan akan membantu untuk membentuk komuniti yang lebih meluas bagi Monster Hunter.

Monster Hunter: World untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One akan dikeluarkan pada 26 Januari nanti, untuk PC dijangkakan pada akhir tahun ini.  Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini pastikan anda menghadiri Acara Double Trouble bersempenan pelancaran permainan ini.