Skip to main content

Red Hook Studios pembangun Darkest Dungeon mengumumkan yang Darkest Dungeon untuk Switch akan dikeluarkan pada 18 Januari.  Harga untuk permainan ini bersama dengan dua DLC adalah seperti berikut

  • Darkest Dungeon – $24.99(~RM100)
  • The Crimson Court – $9.99(~RM40)
  • The Shieldbreaker – $3.99(~RMRM16)

Baru-baru ini kami ada menulis mengenai ura-ura Darkest Dungeon: Crimson Edition untuk Switch akan dikeluarkan pada 22 Mac 2018.  Melalui edisi ini anda akan mendapat Darkest Dungeon bersama dengan DLC The Crimson Court.

Buat masa ini hanya versi digital sahaja dikeluarkan, kemungkinan besar versi fizikal akan dikeluarkan sebagai edisi penuh yang akan disertakan dua DLC sekarang dan juga DLC baru The Color of Madness yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Leave a Reply