Skip to main content

Bagi anda yang meminati siri anime Dragonball Super, anda pasti berminat untuk mengawal watak Hit, iaitu pembunuh upahan daripada Universe 6 di dalam siri anime tersebut dimana kini ia bakal tiba di permainan perlawanan Dragonball FighterZ.

Menariknya juga, segala serangan ikonik dan kepantasan beliau di dalam siri anime Dragonball Super juga boleh digunakan di dalam permainan tersebut. Tambahan juga, seperti trailer watak Android 16 sebelum ini, trailer ini memaparkan muzik yang sangat menarik seolah bertemakan muzik kelab ‘jazz’ buat watak Hit.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk mencuba permainan tersebut, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa beta bagi permainan Dragonball FighterZ akan bermula pada 13 Januari ini khas di Playstation 4 dan Xbox One. Namun watak Hit tidak boleh dimainkan ketika beta tersebut.

Selain itu, pada 27 dan 28 Januari ini, Kakuchopurei bersama The Magic Rain akan mengadakan acara pelancaran permainan Dragonball FighterZ bersama permainan Monster Hunter: World. Untuk informasi lanjut berkenaan acara tersebut, anda boleh melayari di pautan ini.

Dragonball FighterZ ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply