Informasi Permainan Video Terkini
Penerbit Monster Hunter: World Berkongsi Mengapa Versi PC Ditundakan
PC

Penerbit Monster Hunter: World Berkongsi Mengapa Versi PC Ditundakan

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman pada minggu lepas yang mana Monster Hunter: World untuk PC akan dikeluarkan pada musim luruh tahun ini iaitu di antara September hingga Disember, berbeza dengan pelancaran untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One yang akan dikeluarkan pada 26 Januari ini.

Penerbit Monster Hunter: World, Ryozo Tsujimoto, melalui PC Gamer menyatakan yang mereka menunda tarikh pengeluaran untuk permainan tersebut di PC kerana ini adalah kali pertama mereka mengeluarkan permainan untuk PC dan mereka ingin memastikan kualiti permainan ini adalah yang terbaik.

Tambah beliau, dengan mengeluarkan permainan ini untuk PlayStation 4 dan Xbox One terlebih dahulu membolehkan mereka untuk memfokuskan produksi untuk versi PC.

Kualiti permainan yang dikeluarkan untuk PC kurang berbanding di PlayStation 4 dan Xbox One merupakan pekara yang biasa kerana pembangunan untuk PC lebih sukar berbanding konsol lain kerana PC mempunya variasi perkakasan yang pelbagai.  Jadi kami berharap dengan Monster Hunter: World untuk PC akan dikeluarkan dengan kualiti yang baik.

Pada 27 dan 28 Januari nanti juga, kami akan berada di acara Double Trouble di Avenue K bersempena pelancaran permainan ini. Informasi lanjut boleh dibaca di pautan ini.

Adakah anda bercadang untuk mendapatkan Monster Hunter: World?  Versi konsol apa yang menjadi pilihan, PlayStation 4 atau anda akan menunggu untuk versi PC dikeluarkan? Jangan lupa untuk berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.