Skip to main content

Permainan terbaru dari siri Total War diumumkan oleh SEGA hari ini. Selepas dua tahun berturut-turut Total War membawa pemain ke dunia fantasi melalui Warhammer kali ini Total War memilih untuk mengunakan Disnasti Han iaitu pemerintahan zaman dahulu di China.

Mengikut sipnopsis yang dikongsikan, Three Kingdoms terletak ketika tahun 190, dimana pada masa itu China dalam keadaan darurat. Han Dynasty menjadi lemah kerana mempunyai emperor yang masih muda dan hanya menjadi simbol, pemerintah sebenar adalah ketua perang Dong Zhuo yang mana beliau memerintah China dengan sangat kejam.

Walaupun tiada tarikh tetap dinyatakan tetapi SEGA mengatakan permainan ini akan tiba pada musim luruh 2018 iaitu di antara bulan September hingga Disember.

Selepas dua tahun mendapat dunia fantasi yang melibatkan watak fiksyen, kami agak teruja dengan Three Kingdoms kerana Total War akan kembali kepada sesuatu yang boleh dikatakan berdasarkan sejarah sebenar. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Leave a Reply