Lenovo Legion, iaitu bahagian Lenovo yang memfokuskan permainan video dan e-sukan kini menaja sebuah pasukan e-sukan permainan Counter Strike: Global Offensive, Silver Snipers yang terdiri daripada warga emas yang berpurata berumur 71 tahun.

Pasukan ini berasal daripada Sweden dan dilatih oleh jurulatih Tommy Ingemarsson, iaitu pengasas bagi pasukan e-sukan Ninjas in Pyjamas. Pasukan tersebut terdiri daripada:

  • Abbe “BirDie” Drakborg, 75
  • Wanja “Knitting Knight” Godänge, 63
  • Öivind “Windy” Toverud, 75
  • Monica “Teen Slayer” Idenfors, 62
  • Bertil “Berra-Bang” Englund, 81

Menariknya ini merupakan pasukan e-sukan yang membuktikan bahawa permainan video adalah untuk semua lapisan umur. Tambahan juga, menurut laporan TechAcute pasukan tersebut juga menyertai kejohanan Dreamhack 2017 pada Disember lepas dan akan terus bertempur di dalam liga-liga e-sukan akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pasukan ini, anda boleh melayari laman rasmi mereka dibawah.

Laman Rasmi : Silver Snipers

Sohor Kini