Informasi Permainan Video Terkini
Wan Hazmer Berkongsi Logo Rasmi Bagi Studio Pembangunan Permainan Beliau Metronomik
Artikel Berkaitan

Wan Hazmer Berkongsi Logo Rasmi Bagi Studio Pembangunan Permainan Beliau Metronomik

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman studio pembangunan permainan video Metronomik oleh Wan Hazmer Disember lepas, Wan Hazmer kini akhirnya berkongsi logo rasmi bagi studio pembangunan permainan tersebut bersama maksud disebalik logo tersebut.

Berdasarkan laman rasmi Facebook Metronomik, logo tersebut adalah berdasarkan metronom, iaitu satu alat untuk yang menghasilkan selang rentak.

Berdasarkan pengumuman Wan Hazmer sebelum ini, dimana beliau ingin memfokuskan permainan video yang berintegrasikan rentak muzik, logo syarikat beliau juga memainkan peranan yang sama. Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan mereka sememangnya tidak membangunkan sebuah permainan yang memfokuskan muzikal. Tambahan juga, setiap rekaan logo tersebut memaparkan visi dan misi syarikat tersebut yang mana ingin berkongsi semangat mereka berkenaan pembangunan permainan video.

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan studio pembangunan permainan video Wan Hazmer, anda boleh melayari laman rasmi Facebook Metronomik.

Facebook : Metronomik