Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Pilihan Khas di Playstation Store Bermula Dari Hari Ini Sehingga 14 Januari
Artikel Berkaitan

Jualan Promosi Pilihan Khas di Playstation Store Bermula Dari Hari Ini Sehingga 14 Januari

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Walaupun musim cuti sudah berakhir, PlayStation Store masih meneruskan jualan promosi mereka kali ini untuk permainan pilihan khas. Promosi yang ditawarkan adalah sehingga 70% untuk pengguna biasa dan sehingga 80% untuk pelanggan PS Plus.

Antara permainan yang disenaraikan untuk promosi ini adalah seperti berikut (dalam kurungan merupakan harga promosi untuk pelanggan PS Plus)

  • Dishonored: Death of The Outsider – RM119.00 RM95.20 (RM83.30)
  • Dishonored 2 – RM171.00 RM68.40 (RM51.30)
  • Doom – RM125.00 RM50.00 (RM49.00)
  • The Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition – RM245.00 RM73.50 (RM49.00)
  • Watch Dogs 2 Digital Standard – RM149.00 RM74.50 (RM59.60)
  • Ghost Recon Wildlands Digital Standard – RM240.00 RM120.00 (RM96.00)
  • Far Cry Primal Digital Standard – RM129.00 RM64.50 (RM49.00)
  • Fallout 4 – RM125.00 RM50.00 (RM37.50)
  • Journey – RM55.00 RM16.00 (RM11.00)
  • Killzone Shadow Fall – RM89.00 RM35.60 (RM26.70)

Walaupun kebanyakan permainan yang ditawarkan bukanlah permainan yang baru, akan tetapi jika anda masih belum memiliki sebilangan permainan yang ditawarkan, ini merupakan peluang anda untuk mendapatkanya dengan harga yang lebih murah.  Semua permainan yang ditawarkan adalah untuk konsol Playstation 4.

Promosi Pilihan Khas: PlayStation Store


TIPS & ULASAN