Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Bersempena Tahun Baru di GOG Bermula Hari Ini Sehingga 15 Januari
PC

Jualan Promosi Bersempena Tahun Baru di GOG Bermula Hari Ini Sehingga 15 Januari

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Jualan musim sejuk di Steam berakhir pada 5 Januari lalu tetapi antara kebaikan menjadi seorang pemain permainan video di platform PC adalah terdapat banyak kedai di atas-talian selain daripada Steam. Antaranya adalah GOG iaitu kedai di atas-talian yang dibangunkan oleh CD Projekt Red iaitu pengeluar siri permainan The Witcher.

Bermula hari ini sehingga 15 Januari, GOG mengadakan jualan promosi bersempena tahun baru.  Kadar diskaun yang ditawarkan adalah diskaun dari 10% sehingga 90%.  Kadar diskaun adalah tetap sepanjang promosi tetapi mereka akan memberi cadangan berbeza setiap hari yang dipanggil Resolution.

Antara permainan yang dicadangkan pada hari ini adalah;

  • Divinity Original Sin 2 – $44.99 $40.99
  • Pillars of Eternity – $39.99 $29.99
  • The Witcher 3 – $49.99 $19.99
  • Torment Tides of Numera – $44.99 $26.99
  • Tyranny – Commander Edition – $44.99 $17.99
  • Legend of Grimrock – $14.99 $5.99
  • Legend of Grimrock – $23.99 $9,59
  • Torchlight – $14.99 $2.99
  • Torchlight II – $19.99 $3.99
  • Cold Waters – $39.99 $31.99

GOG merupakan kedai di atas-talian yang sangat mementingkan kualiti permainan yang mana setiap permainan yang dijual di dalam GOG sudah melalui proses permilihan yang agak ketat. Selain daripada itu setiap permainan yang terjual juga tidak akan mengandungi sebarang DRM dengan kata lain setiap permainan yang anda beli melalui GOG anda boleh memasang permainan itu dimana-mana PC ataupun laptop milik anda.

Kekurangan GOG adalah setakat ini mereka masih mengunakan mata wang US Dollar untuk transaksi, jadi kami mencadangkan agar anda membandingkan harga selepas penukaran mata wang dengan kedai yang mengunakan Ringgit Malaysia seperti Steam dan GamersGate.

Namun begitu, jika anda masih lagi berminat untuk mendapatkan sebilangan permainan yang ditawarkan di GOG, anda boleh melayari laman rasmi GOG dibawah.

Promosi Tahun Baru : GOG


TIPS & ULASAN