Skip to main content

The Elder Scrolls V: Skyrim permainan pengembaraan dunia terbuka dikeluarkan pada tahun 2011 tetapi 6 tahun kemudian komuniti permainan ini masih aktif untuk memberi sebab untuk pemain kembali bermain Skyrim.

Bukan sahaja kerana permainan ini baru dilancarkan sebagai permainan realiti-maya ataupun dikeluarkan untuk Nintendo Switch tetapi juga kerana penambahan jalan cerita dan lokasi melalui mod-mod pengguna.

Lordbound iaitu mod yang dikatakan akan menambah lebih dari 30 jam isi tambahan untuk Skyrim.  Menurut sinopsis yang diberikan, jalan cerita Lordbound akan berlaku di Drudach Valley iaitu tempat baru yang tidak terdapat di dalam Skyrim sebelum ini dan akan mengikut pentempuran antara Imperial Legion dan Puak Orc untuk merebut tempat tersebut.

Anda boleh melawati Facebook projek ini untuk informasi terbaru dan mereka baru-baru ini mengeluarkan video untuk menunjukkan persekitaran di dalam mod ini.

Kami sendiri sudah menghabiskan hampir 200 jam masa bermain Skyrim, tetapi dengan mod tambahan kami akan menambah jam itu.  Bagaimana dengan anda, masih bermain permainan ‘lama’ ini?

Leave a Reply