Skip to main content

Sony Interactive Entertainment (SIE) melalui kenyataan di Nikkei mengumumkan yang mana mereka menyasarkan jumlah permainan versi realiti-maya akan meningkat dari 150 judul pada hari ini, kepada 280 menjelang penghujung tahun ini. Angka ini secara tidak langsung memperlihatkan peningkatan hampir 80% berbanding jumlah hari ini.

Ini adalah kerana perjualan untuk PSVR sudah mencapai lebih 2 juta unit diseluruh dunia, dan akan terus meningkat sepanjang tahun ini. Ia secara tidak langsung akan mengalakan lebih banyak permainan versi realiti-maya dari pembangun permainan pihak ketiga untuk dihasilkan dan diterbitkan.

Penambahan jumlah permainan versi realiti-maya di PlayStation sudah semestinya antara perkara yang kami inginkan pada tahun ini.  Kami juga ada menyeneraikan 5 permainan yang kami ingin untuk dijadikan sebagai permainan versi realiti maya.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah memainkan permainan realiti-maya melalui PlayStation VR? Adakah anda menyukainya?

Leave a Reply