Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Senarai Pemenang Permainan Terbaik Berdasarkan Pilihan Subreddit PCMR
PC

Ini Adalah Senarai Pemenang Permainan Terbaik Berdasarkan Pilihan Subreddit PCMR

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

PC Master Race merupakan subreddit terbesar yang memfokuskan kepada dunia PC termasuk permainan video. Subreddit berkenaan sendiri mempunyai sekitar 1.2 juta orang ahli berdaftar.  Menjadi kebiasaan untuk mereka menyenaraikan senarai permain terbaik berdasarkan undian dari ahli setiap tahun, dan kini mereka telah mengeluarkan senarai tahunan berkenaan untuk 2017.

Keputusan untuk tahun 2017 telah dikeluarkan dan berikut adalah senarai pemenang dan jumlah undian yang diterima.

Aksi Pengembaraan – Hollow Knights (1256 undian / 35%)
Pengembaraan – Little Nightmares (923 undian / 34%)
Visual Terbaik – Cuphead (2977 undian / 75%)
eSukan – Overwatch (1981 undian / 51%)
Lawan – Tekken 7 (1525 undian / 52%)
Indie – Cuphead (2959 undian / 76%)
Naratif – Nier: Automata (1830 undian / 54%)
Platformer – Cuphead (2950 undian / 79%)
Lumba – Project Cars 2 (1282 undian / 42%)
RPG – Nier: Automata (1512 undian / 41%)
Penembak Pandang Pertama/Ketiga (Pemain Tunggal) – Wolfenstein II: The New Colossus (2399 undian / 66%)
Penembak Pandang Pertama/Ketiga (Atas Talian) – Destiny 2 (1480 undian / 46%)
Sukan – FIFA 18 (984 undian / 45%)
Strategi – Total War: WARHAMMER II (1487 undian / 53%)
VR – Rick and Morty Simulator: Virual Rick-ality (1441 undian / 59%)
Permainan Terbaik 2017 – Cuphead (1709 undian / 42%)

Cuphead jelas dipilih oleh ramai ahli PCMR, dimana setiap anugerah yang dimenangi oleh Cuphead mendapat undian yang tinggi dari segi peratusan termasuk Permainan Terbaik 2017.

Walaupun ini bukanlah satu anugerah rasmi di dalam industri permainan tetapi ini adalah antara anugerah yang memfokuskan kepada permainan video PC. Dari keputusan cukup untuk menunjukkan apakah permainan yang harus dimiliki dan dimainkan di PC.

Anda boleh melawat pautan ini untuk melihat pembahagian undian berkenaan.